The Bluebirds



   The Bluebirds?? Apekah?siapekah?bagaimanakah?? Ok kali ni aku nk bercerita pasal satu band yang perlu di beri perhatian pada peminat2 muzik di luar sane tu..luar mane?luar sane tuuuu....
  The Bluebirds ni 1st time aku tgk show diaorg kt KL mase tu ade event pelancaran Kukubesi & chot touch pd tahun lepas x silap aku.Tu la 1st time aku tgk show diaorg..sblm2 ni aku tak pnh tgk pon malah lagu diaorg yg aku tau hanya 2 lagu je iaitu lagu rockstar dgn lagu malam.tu pon aku download melalui Tiub awak(you tube).Dan lagu rockstar diaorg pun seringkali keudara di radio Xfm (dahulunya dikenali sbgai Xfresh fm).Bagi aku lagu diaorg yg aku dgr mase tu (2 lagu je) adalah lagu yg terbaek dari segi arrangement muzik serta lirik.Memang mudah menusuk jiwa la..walaupon aku ni x pandai sgt dlm bidang muzik ni.
  Pada yang tak tahu,The Bluebirds adalah band yg berasal dari JB.mereka terdiri daripada Anaz(bass),Asnol(lead guitar),Lin(drum),ikhwan(guitar) dan Tepet a.k.a Azrul a.k.a rayzaw (vokalis).Mereka bermain muzik genre rock & roll 70's (tgk dressing pon da tau) bkn hot & roll ok? Kelmarin aku sempat menemuramah vokalis band ini yg pada ketika itu agak pura2 manja untuk menanyakn asal usul band ini.
Gigs di city plaza
  Mengikut Tepet a.k.a azrul a.k.a rayzaw band ini di tubuhkan pada tahun 2009 dimana ia bermula apabila anaz(mamat ni ada 2 bilah kapak di pipi beliau) yg berniat untuk menubuhkn sebuah band projek berentakkn irama rock & roll.Pada ketika ini anaz masih lagi bermain untuk band Laila's Lounge(band lagend nih).menurut tepet lagi anaz sudah lama memendam rasa untuk bermain rock & roll sehingga lah dia berjumpa dgn asnol di satu gigs lalu mereka pon berazam untuk menubuhkn satu band berentakkn irama rock & roll.Untuk pengetahuan umum incik asnol adalah org yg bertanggungjawab menubuhkan band The official salah satu band lagend di jb ni.The official adalah band skin head.Jadi pewatakan asnol sesuai dgn irama skinhead dimana beliau agak garang tetapi kdg2 comel.Selepas itu mereka pantas untuk mendapatkn line up lain bg memenuhi forum untuk band tersebut lalu mereka mengajak Lin (ex Klux2 adventure yg aku tau la) dan ikhwan (ex Nadi..hahaha).lalu mereka pon berlatih.pada mulanya mereka berhasrat untuk menjadikn ikhwan sebagai vokalis(menurut Lin la) tetapi suare ikhwan agak bau2 bacang.Mereka buntu,sehingga akhirnya mereka berjumpa seseorang yg agak sesuai dgn band mereka lalu mereka mengajak Tepet a.k.a azrul a.k.a rayzaw untuk mengisi di posisi vokalis.Dengan itu terbentuklah band mereka ini.Menurut Reza lagi band ini dgn rasminya ditubuhkn pada bulan MEI 2009.dan mereka telah memperfomkan diri mereka buat pertama kalinya di gig bertempat di IOI mall bersama band2 lain seperti Bittersweet,Joanna & Co dan ramai lagi.Bermula dari situ mereka pon menongkah arus untuk meneruskn perjuangan mereka sebagai satu band.Untuk pengetahuan korang single mereka berjudul Jaguh kampung bakal ke udara tidak lama lagi dan EP mereka bakal di keluarkn juga.Jadi aku mmg mengharap band ni dapat pergi jauh sebab aku minat dgn muzik diaorg.Jadi pada yg nk dgr lagu2 diaorg,korang boleh la search The Bluebirds di Facebook dan myspace mereka adalah http://www.myspace.com/theblue
birds.
    Jadi sama-samalah kita menyaport diaorg untuk memeriahkn lagi industri muzik tempatan.Sokonglah mereka!!!

1 comment: