anugerah cemerlang?apekah????

Assalamualaikum..wahhh lama sudah aku x update blog aku ni..aku pon sebenarnye x tau nk bebel ape..tp memandangkn tahun 2011 ni nk melabuhkn tirainya x lama lagi,jadi bace la bebelan aku akhir tahun ni ye..
  Ok start tahun depan semua kakitangan kerajaan akan menimati gaji baru.Sonok la korang ek?(termasuk aku la) Jadi aku berpesan pada diri aku dan semua kakitangan kerajaan ni bila gaji da naik tu jimat2 la belanja tu..jgn nk tuka itu ini plak..Nak tuka keta la langsirla peti ais la...spot rimla...Jimat2 bebelanja ok?pada yg nk kawen tu (termasuk la aku) jimat2 la dlm perbelanjaan utk berkhawin nanti.
  Bila borak pasal ujong tahun semua kakitangan kerajaan sebok nak amek tau diaorg ni dapat anugerah cemerlang ke tak untuk tahun itu..pade yang tak tahu ni aku nk bagi tau.setiap kakitangan kerajaan mereka akan dinilai pada ujong tahun dan akan di bagi markah untuk setiap aktiviti kerja termasuk aktiviti (luar)sumbangan pada jabatan masing2 mcm main bola ke badminton ke semua di kira tau?(main untuk kepentingan jabatan la bkn main ptg2)kalu diaorg dpt markah tinggi maka diaorg akan 'direkemen' oleh ketua diaorg untuk dpt anugerah cemerlang.anugerah cemerlang ni biasanya akan dpt rm1000..dan jugak satu pingat untuk digantung pada unifom masing2 dan ofkos akan masuk skali dlm rekod fail peribadi diaorg.
  Aku ni bkn nk kata ape la pasal anugerah cemerlang ni..sepanjang aku berkhidmat dgn jabatan aku ni,aku dpt tgk mcm2 la pasal anugerah cemerlang ni..ade yg begadoh pasal x puas ati,ade yg pertikaikan..mcm2 la..yang dpt aku ucapkn tahniah sebab aku x mengharap langsung anugerah tu..sejak aku btol2 keciwa pada 5thn pertama aku keje aku da start kecewa dan stat time tu la aku x pnh nk pk langsung pasal cemerlang ni...so yang mane da dpt tu aku ucap tahniah..
  Aku pernah dioffer oleh bos aku utk mendapat anugerah cemerlang ni tapi aku tolak sbb aku fikir yang aku ni mmg x layak utk dpt anugerah tu.."saya rasa elok bos bagi kt org lain yg keje bagus..saya keje ni x bagos bos" aku berkata pada bos aku.. lalu bos aku pon bg la anugerah cemerlang tu kt org lain.ramai kwn2 aku ckp aku bodoh pasal tolak rezeki..tapi bagi aku,aku tolak anugerah cemerlang tu pasal aku sedar nanti bila aku terima kompem ramai yg mengata.ye la keje mcm siyei ade ati nk amek anugerah tu..sbb aku sedor diri aku keje mcm siyei sbb tu aku x mau.
  Sebab ape aku ckp aku penah keciwa?ya..aku keciwa sbb dulu2 aku keje bagai nak rak siang malam keje, konon2nye nk dptkn anugerah cemerlang tu..Mc langsung aku x amek..last2 yg dpt cemerlang,org yg keje mcm siyei yg suka jilat jubo(kaki bodek la tu) yg dpt.so,stat situ aku da xpk pasal anugerah cemerlang ni..Jadi pada yg mengharap nk dpt anugerah cemerlang tu x yah la mengharap..INSYAALLAH tiba masa sampai la rezeki korang.jadi chill ok jgn nk bising-bising jangan nk kutok2 org tu dpt cemerlang kalu die keje mcm siyei..bg aku tu semua rezeki..lantak la kalu org tu kaki jilat jubo skali pon bia la..tu rezeki dia..rezeki korang akan smpi satu hari nanti..kalu korang rase korang layak,korang trima la..pekakkan telinga.Jgn jd mcm aku 'tolak rezeki' kata kwn2 aku..
  jadi itu aje bebelan aku..n aku rase bebelan aku ni ramai yg terasa ati..aku mintak maaf awal2..aku x tuju sape2 pon sekadar luahan ati aku..pasal pe?pasal aku rase sape yg dpt anugerah cemerlang moleklah pikir2 dulu..tgk dulu kite keje mcm mane ok ke x?ade yg keje bagus sgt2 tapi x dpt anugerah cemerlang tu..sian diaorg yg keje bagus tu..pada yg kaki jilat jubo tu..cukop2 la..jangan dengki sesama sendiri untuk kepentingan peribadi.jadi ni semua mainan politik aku rasa semua jabatan ade..xkira la sektor awam ke sektor swasta ke aku rase bende ni mmg kena tempuhi..Jadi besabarlah...




*aku mcm2 da kene sepanjang keje ni..aku pon leh sabar nape korang x boleh? hehehe
  

Kelab Terbaik di Eropah

Barcelona FC
Eric abidal di beri penghormatan untuk menjulang piala


            Ya...Barcelona FC...mereka adalah juara mutlak pada final smlm.bagi aku diaorg mmg berhak tok menang title tu (hikhikhik) sebab ape?Sebab diaorg adalah team yg terbaik buat masa ni..kemenangan bergaya ke atas Man U smlm membuktikn diaorg ni adalah club yg terbaik di eropah kalu nk kata yg terbaik di dunia pon boleh.Smlm pada yg tgk aku rasa baik penyokong barca ataupon Man U pon akan berkata "diaorg mmg layak menang" ye la pasal corak game diaorg mmg terbaik..keseluruhan game smlm telah didominasikn oleh barca.Dan keputusan muktamad barca menang 3-1
      15 min pertama aku tgk agak bedebor gak la pasal Man u pon asyik attack Barca je..pada aku kalu Man U kekal main mcm 15 min awal pelawanan tu aku rase keputusan game mesti lain..mayb man U boleh dpt gol lagi.


Gol pertama barca di jaringkan oleh adik Pedro

      Gol pertama barca di jaringkn oleh pedro pada minit 27' dimana gol berpunca dr saudara xavi hernandes.uihh mamat ni mmg peberet aku woooo...
dia yg byk buat gerakkan dan hantaran untuk menjaringkn gol.kemudian Man U pon berusaha keras nk dptkn gol dan hasilnya pada minit ke 34' wayne rooney telah berjaya menjaringkn goal penyamaan.time aku tgk game lg best pasal barca attack man u je nk dptkn gol.barca sebenornya byk peluang utk mendapatkn gola tp byk percubaan demi percubaan telah diselamatkn oleh keeper Man u..


Gol penyamaan Man U


    keputusan 1-1 kekal smpi minit ke 45..barca mengattack man u bertali arus sehingga la pada minit ke 54' messi berjaya menjaringkn gol ke 2 untuk barca.dimana time ni aku tgk defend man u nengok je c messi try hahahaha ada yg pegang buah time messi try mayb dia ketakutan kot?hahahah tp mmg messi mmg lincah pada game ni semua org dia nk 50 sen.


Vidic hanya mampu menahan buahnya



   Dan pada minit ke 69' villa telah menyumbat gol ke tiga untuk barca.Bagi aku gol villa adalah gol yg tercantik pd final tu.Dan keputusan tu kekal sampai tamat perlawanan.Gelaran Man of the match telah diberi kpd messi.ya dia mmg layak mendapat gelaran tu & tidak dinafikn messi mmg pemain terbaik didunia xde sape leh halang die kalu die tgh top form.Jadi begitulah kesahnye...aku arap musim depan barca beli player baru tok gantikn puyol..asyik injured manjang je mamat tu...kepada penyokong Man U arap korang semua besabarlah ye..cuba lg tahun depan..


mereka gumbira...


"sabar ye adik hernandez jgn nangeh2 tahun dpn kita cuba lagi" kata
rooney

The Bluebirds



   The Bluebirds?? Apekah?siapekah?bagaimanakah?? Ok kali ni aku nk bercerita pasal satu band yang perlu di beri perhatian pada peminat2 muzik di luar sane tu..luar mane?luar sane tuuuu....
  The Bluebirds ni 1st time aku tgk show diaorg kt KL mase tu ade event pelancaran Kukubesi & chot touch pd tahun lepas x silap aku.Tu la 1st time aku tgk show diaorg..sblm2 ni aku tak pnh tgk pon malah lagu diaorg yg aku tau hanya 2 lagu je iaitu lagu rockstar dgn lagu malam.tu pon aku download melalui Tiub awak(you tube).Dan lagu rockstar diaorg pun seringkali keudara di radio Xfm (dahulunya dikenali sbgai Xfresh fm).Bagi aku lagu diaorg yg aku dgr mase tu (2 lagu je) adalah lagu yg terbaek dari segi arrangement muzik serta lirik.Memang mudah menusuk jiwa la..walaupon aku ni x pandai sgt dlm bidang muzik ni.
  Pada yang tak tahu,The Bluebirds adalah band yg berasal dari JB.mereka terdiri daripada Anaz(bass),Asnol(lead guitar),Lin(drum),ikhwan(guitar) dan Tepet a.k.a Azrul a.k.a rayzaw (vokalis).Mereka bermain muzik genre rock & roll 70's (tgk dressing pon da tau) bkn hot & roll ok? Kelmarin aku sempat menemuramah vokalis band ini yg pada ketika itu agak pura2 manja untuk menanyakn asal usul band ini.
Gigs di city plaza
  Mengikut Tepet a.k.a azrul a.k.a rayzaw band ini di tubuhkan pada tahun 2009 dimana ia bermula apabila anaz(mamat ni ada 2 bilah kapak di pipi beliau) yg berniat untuk menubuhkn sebuah band projek berentakkn irama rock & roll.Pada ketika ini anaz masih lagi bermain untuk band Laila's Lounge(band lagend nih).menurut tepet lagi anaz sudah lama memendam rasa untuk bermain rock & roll sehingga lah dia berjumpa dgn asnol di satu gigs lalu mereka pon berazam untuk menubuhkn satu band berentakkn irama rock & roll.Untuk pengetahuan umum incik asnol adalah org yg bertanggungjawab menubuhkan band The official salah satu band lagend di jb ni.The official adalah band skin head.Jadi pewatakan asnol sesuai dgn irama skinhead dimana beliau agak garang tetapi kdg2 comel.Selepas itu mereka pantas untuk mendapatkn line up lain bg memenuhi forum untuk band tersebut lalu mereka mengajak Lin (ex Klux2 adventure yg aku tau la) dan ikhwan (ex Nadi..hahaha).lalu mereka pon berlatih.pada mulanya mereka berhasrat untuk menjadikn ikhwan sebagai vokalis(menurut Lin la) tetapi suare ikhwan agak bau2 bacang.Mereka buntu,sehingga akhirnya mereka berjumpa seseorang yg agak sesuai dgn band mereka lalu mereka mengajak Tepet a.k.a azrul a.k.a rayzaw untuk mengisi di posisi vokalis.Dengan itu terbentuklah band mereka ini.Menurut Reza lagi band ini dgn rasminya ditubuhkn pada bulan MEI 2009.dan mereka telah memperfomkan diri mereka buat pertama kalinya di gig bertempat di IOI mall bersama band2 lain seperti Bittersweet,Joanna & Co dan ramai lagi.Bermula dari situ mereka pon menongkah arus untuk meneruskn perjuangan mereka sebagai satu band.Untuk pengetahuan korang single mereka berjudul Jaguh kampung bakal ke udara tidak lama lagi dan EP mereka bakal di keluarkn juga.Jadi aku mmg mengharap band ni dapat pergi jauh sebab aku minat dgn muzik diaorg.Jadi pada yg nk dgr lagu2 diaorg,korang boleh la search The Bluebirds di Facebook dan myspace mereka adalah http://www.myspace.com/theblue
birds.
    Jadi sama-samalah kita menyaport diaorg untuk memeriahkn lagi industri muzik tempatan.Sokonglah mereka!!!

Final Champion League



      Yeahhh!!! ari ni kite bebicara pasal final champion league plak ye..Untuk pengetahuan korang semua,aku ni peminat tegar Barcelona FC sejak sekian lamanya..Jadi sebagai peminat barca yg kacak bergaya,(kebanyakn fan barca ni low pofile x mcm fan2 EPL maklumla EPL liga glemer)hihihi aku nk review serba sedikit pasal rekod pertemuan barca dgn Man U..Jd ulasan dlm blog aku ni x buyers!! jgn risau okeh!! hahaha
stadium wembley
    Ok pada yg x tahu aku nk bg tau yg final champion league kali ni akan di adakan kt stadium wembley dimana aku rasa kelebehan akan berpihak pada Man U & agak berat sket la bg Barca nk men kt sane ibarat barca men kt away.Jadi kat sini Man U boleh amek peluang ni tok mengkongker permainan..di mana sblm ni tahun 2009 Man U byk berkumpul je..Jadi tahun ni aku arap sgt diaorg x main mcm tahun 2009..ape pon nanti kita tgk je la taktik alex ferguson nanti..Bagi aku final tahun ni agak menarik la pasal dedua team adalah juara di liga masing-masing.sblm aku publish blog aku ni td,aku ada sms pep guardiola (coach barca)untuk menanyakn apekah taktik yg dia akan gunakan nanti (arap2 korang caye la ek) dan jwpn die berbunyi "kami akan bermain mcm biasa dgn melakukan hantaran2 pendek serta mempamerkn permainan yg cantek serta kami akan kacakkn diri kami masing2 di mana kesemua pemain akan d hantar ke Spa2 yg berdekatan" begitu lah sms yg dia reply kt aku td..kemudian aku msj alex ferguson tnyekn soklan yg same..ni jwpn beliau "emmm kami sekarang tgh bersuka ria di rumah saya dimana saya tgh buat kenduri doa selamat tanda syukur menang liga.pasal taktik tu sy akan tekankn startegi menyerang habis habisan di mana kami berlatih tekan tubi serta lompat kijang..kemudian apabila final nanti kami mendapat khidmat bomoh dr ulu bertam."begitulah bunyi sms dr alex kat aku..ape??x caye??!!kalu x caye tanye la aku.
   Rekod pertemuan antara dua2 club ni agak balance di mana Barca pernah menang dgn Man U sebanyak 3 kemenangan dgn jaringan sebnyk 17 gol,begitu juga dgn Man U yg pernah menang dgn Barca sebyk 3x juga dgn jaringan 14 gol dan masing pernah seri sebanyak 4 perlawanan.tgk??Cantekkn rekod pertemuan diaorg ni..kemudian rekod pada 5 perlawan terakhir dedua team ada kt bawah ni..tgk la..alaaa tgk la sat bkn lama pon..


Sept 1998   peringkat kumpulan                    3 - 3
Nov  1998   peringkat kumpulan                    3 - 3
Apr  2008    separuh akhir,pusingan pertama   0 - 0
Apr  2008    Separuh akhir,pusingan kedua      0 - 1 (Man U menang)
Mei  2009    Final,Rome                                2 - 0 (barca menang)




  Jadi,sama2 la kita tunggu final ni yg akan di adakn pada 28 mei ni..aku arap sgt la barca menang n aku arap sgt final ni diaorg mempamerkn game yg cantek penuh sekil (sekil tuuu).Pada hemat aku diaorg seri 0 - 0 pasal dedua team ni tgh top form pastu masing2 pegang reputasi juara liga..Dan predict aku yg kedua barca menang 1 - 0 besa la derrr team gua main gua kena la arap team gua menang.sehingga ketemu lagi di lain ari..


pecah kaca pecah gelas,

sudah baca harap balas.


    
Bacelona FC
Man U

Bahasa Melayu Klasik??

 Bahasa Melayu klasik??bkn kesah klasik untuk masa depan lagu sheila On 7 tu ye..ni bahasa melayu klasik..Gila aku terjumpa kamus ni..kamus bahasa melayu klasik..memang klasik la..dgn keadaan kamus ni pon mcm buruk2 (walhal aku beli kt kedai buku pontian) mmg kena la dgn tajuk buku tu..Bila bukak je aku bace,pehhh!!! memang byk la pekataan2 yg x masuk akal dek arus zaman sekarang pon.Aku beli pon pasal just nak tau je pekataan2 org dulu2 guna yg kita da tak guna pakai dah pada zaman skang ni.Bak kata pepatah Tiada Lama tiadalah yg baru.Jadi kat sini aku nk kongsi serba sedikit ape yg ada dlm kamus tu la.Nak tau lebey2 beli la sendri..


abau - sejenis kura
abdas  - mandi utk bersihkn diri dr kotor
abluk  - belang
acan  -  mangharapkan
ading  - adik
adawat - permusuhan,saling benci
aguk  - hiasan pd kalung kanak2 perempuan
alkatipa  - permaidani
anggak  - sombong
asmaraloka  - alam percintaan
babat  - tebas (zaman skang kita panggey isi perut)
bajana - pasu,tempat air
balad - kota@negeri
bangar - busuk
bangir  - mancung
berkaluk - bertampal
bisai  - elok,molek
caci - alat penggulung layar
cakdik-cakdik  - gaya kera melompat
candal  - buruk,hina,jahat
cega - hati-hati
colok - warna putih pada ekor kuda 
dabir - jurutulis
digerus  - di cakar
disumbi  -  dibaiki
domah  - hadiah
dugal  - sakit perut
edan  - gila
elat - tipu daya
enom  - muda
fasid  - rosak binasa
gana - kaya,mewah
geligas - meluncur
gembari  - keluar untuk melawan
gondok - pendek dan besar
hararat  - kepanasan
hobat  - jampi,mentera
jabal  - bukit
jali - tiba2 terjadi (ingat nama membe aku..ahahahah)
jam-jam  -  air muka
jongos  - pelayan lelaki
jujat  -  fitnah
kacak  - berdiri
kamera -  bilik dalam kapal 
kandil - pelita
kasmaran  : mabuk;gila berahi;mabuk kerana cinta
kelilip  -  habuk masuk mata
keretek  -  titian;jambatan
kumai  -  bingkai
kusir  -  pemandu
lajak  - lekas;cepat
lolok  -  intip
mabur  - lari
majal - tumpul
mamak  -  gelaran kpd pegawai kerajaan yg tua



   Jenuh la aku nk taip semua..hahaha ape pon tu adalah sebahagian perkataan2 dalam kamus bahasa melayu klasik penerbitan Nadi ilmu sdb. bhd cetakan 1999. ok kt bwh ni lak antara2 rangkai kata dlm bahasa melayu klasik


angin paksa  - angin yg baik
apa hisap pada kami sekalian - apakah nasib kami sekalian
banjar karang  - negeri asal
belum pai  - belum sampai
datang hati - sampai hati;tergamak
datang gemera  - bangkit menjadi marah
gaduhan angin  - bertukar angin
gila-gila bahasa - gila sedikit(tidak gila sepenuhnya)
ikat tangan  -  hadiah
jangan asa-asahan  - jangan berharap
kerba gorok  - sombong
makan musara  - makan gaji
muda lela  - muda lagi elok
orang beraja dihatinya  - org yg masing2 mengikut kehndak masing2
sangat pegari  - sgt terang
yang pokta  -  yang tiada bandingnya


  Jadi itu la serba sedikit yg boleh aku tunjuk kt korang maksud2 bahasa melayu klasik..kamus yg agak berguna bg aku...bagi aku la bg korang x tau la heheheh apa pon.....selamat!!!!



Kawan....

   Kawan...ape yg aku tau kawan ni ade time kita susah,time senang time saket,time sedey,time gumbira,time berak(tu gaywan namanya)hahah...tp sebenarnya aku salah..kawan ni besor erti die..ade kawan time senang,kawan time susah & macam2 g..ade kawan yg buruk kelaku die,ade kawan yg menjaja cerita kwn2 yg len(gosip2 la tu) ade kwn2 baik sbb memerlukan sesuatu dr kwn die..bg aku tu semua kawan..ape pon buruk baek perangai kwn2 korang,korang kena sedar diaorgla kawan korang..so kita sebagai manusia biasa ni kena la trima baek buruk kwn kita..pendek ceta layankn je..so korang ni tergolong antara kawan yg mane?so nilai sendri...
   bile dah rapat dia akan jadi sahabat x kire la kwn korang tu baik ke buruk perangai die pasal bg aku sahabat ni x kn jd mcm kita nak mcm kapel.. xperlu declare.kita ada otak leh pk "ohh dia ni bagus..suke tlg aku time aku susah"so kt situ terjadinya persahabatan..jadi ada perbezaan kt situ antara kawan dgn sahabat..mcm aku ni suke berkawan dgn ramai org suke kenal2 kawan baru walupon aku ni pemalu sket..maklumla aku ni berbintang Libra(xde kaetan).
  Ha x lupa gak ade gak kawan yg x leh pakai ajor kite buat itu ini ajak merempit ajak mencuri tu semua kwn yg x leh pakai walopun aku dulu pnh merempit secara sambilan hahahah ape pon tu semua kwn2 aku gak..dlm byk kwn2 kita pasti ada yg kita x suke ada yg kita benci tgk muka pon meluat..Bagi tu semua pelengkap hidup sebagai kawan..takan kita nk ada kawan baek2 best je ye tak?kena ade gak kawan2 yg x best..bile jumpe kwn2 yg x best ni mesti korang just senyum je kan pastu ade je alasan nk blah hahahah mcm aku x tau aku pon pnh buat..hahaha
  Jadi tu semua rencah hidop yg perlu kita lalui yg perlu kita ngadap ari2 kalu jumpe ari2 la..so ape pon bersabar lah dlm berkawan ni...terima seadanya kwn korang walaumcmmana skali pon pangai die..tu semua pelangkap hidop kite..same gak mcm awek@bini kalu pangai awek@bini burok pon kena trima pangai die gak..so berkawan tu bia ramai bg aku la kalu org len aku x tau pasal idop ade kwn ni best!! sgt best!!!so aku ni ramai kawan yg best..walopun ade yg x best tp yg x best tu pon kawan2 aku gak...ape pon sape2 kawan aku,bg aku korang mmg best..suzuki best pon x best mcm korang!! Terima Kaseh kawan!!! 
Add caption


antara kwn2 aku sori yg xde gambo korang kwn aku gak heheh
  

Terima kaseh byk2 la.....

  Terima kaseh byk2 la aku ucapkn kt kwn aku c bond n kenzo pasal diaorg la aku ade gambo baru..hakhakhak kalu x asyik upload gambo lame je fb tu smpi pc aku pon berbisik kt aku secara ritual yg berbunyi "eh awak ni sy penat la asyik edit gambo lame2 je..xde gambo2 baru ke?" hahahah
  6 hb aritu kenzo ade ajak aku ikot die outing amek gambo aku pon pasal skng sebok menjana kesehatan diri jd aku pon ponteng la sehari training bola.Jd bile dah ponteng tu haruslah digunakn waktu ponteng tu dgn sebaiknya..Jadi kt sini aku paprkn la serba sedikit gambo2 aku yg x seberapa tu..ingtan bg kanak2 bawah 18 thn tu kena tonton gamba ni di bawah penjagaan ibu bapa mahupon penjaga..(ingt pusat game je kena ada ke?blog aku pon ada la)







Ahmad kadiaq
  Dan x lupe juge aku nk ucapkn selamat jalan kt kwn2 aku yg dpt pindah ke negeri laen termasuk la membe umah aku yg merempat kt umah aku serta blood aku c ahmad kadiaq..semoga roh diaorg dicucuri rahmat..eh! silap semoga berjaya la hendaknya walopun aku sedey gak la pasal sekor2 membe aku dpt pindah tinggal aku je x pindah2 g..TERIMA KASEH la sebab sudi jadi kwn aku dlm tempoh yg lama..jgn lost kontek jgn sombong2..ada rezeki kita jumpa lagi..(arghhh!! mud sedey la plak) korang bygkn smpi ade membe aku da ckp aku x leh pindah pasal aku dah jd ikon ataupon maskot kt sini.sungguh busuk pundi kencing beliau..apa pon..ah xde ape pon la daaaaaaaa!!

30 april yg best

  30 April 2011 satu tarikh yg pasti happening bg aku dgn dak2  kt tempt keje aku..hahahah ye la aritu ade game futsal lwn antara department (time ni la kitaorg dpt berkumpol ramai2) kalu x masing2 keje je kalu jumpe pon kat kedai mkn je.Dan bg aku matlamat utama acara sukan di adakn di tempt keje aku ni dah berjaya la selain beriadah,menjana kesehatan diri serta berkumpul ramai2.Time ni la baru leh duduk same2 lepak same kutok2 hahaha!! Dan pastinya time ni la pangai membe2 yg da kawen(nak2 yg x bwk bini) mula la nk buat pangai merapu hahaha maklumla ada bini kena kontrol macho x leh buat pangai bdk2.
  lepas je men futsal kitaorg pakat ramai2 g lepak makan kt giant Tampoi dgn niat nk karok..hahaha aku ni sebenornye x minat sgt nk karok2 ni maklum la sore mmg x sedap tp disebabkn lynkn kawan2 aku join gak la..perghh!!! aku ingt yg lepak mkn tu semua just nk lepak2 je rupa2nya semua join karok!!yes!! time ni la aku nk tgk membe2 yg x pnh nyanyi akan terpaksa nyanyi..Gila tempah bilek tok 10 org yg join mak oit!!! lebey 20 org kahkhakha dah mcm konsert je lepas je nyanyi diaorg tepok tgn.mmg sporting abeh diaorg sampi kwn aku c anthony robert pon bedal nyanyi lagu nash.paling x leh handle ada sorang membe aku ni sudah nynyi lagu aishah!!! Janji manis mu!!! hahahah mmg x boleh blah la bile laki nynyi lagu pempuan pastu suare garau..
  Ape pon korang semua mmg happening la..arap pasni leh la lepak2 lagi mcm ni bkn apa..kdg2 kita keje je pon x lepak2 pon bosan gak..mcm bdk2 baru pon x join lepak susah gak pasal x kenal time2 ni la nk kenal..kalu ada awek2 lagi bagus hahahahah ape pon aku selitkn sket gambo time futsal..nyesal x bwk camera time karok..ah!!!  tarikh ni jugak speedlite aku lingkop.huhuhu
bergaya sebelum berpeluh

Team final

Kami gumbira


pemanang utama dpt bola je

Naib johan

  

Asal Usul Popia

  Korang suke popia tak??aku suke mcm mane plak dgn korang??ok..kt sini aku akan bercerita mengenai asal usul popia khas buat tatapan penggemar popia seantero dunia..
  Popia ni kita semua tau ade popia basah dgn popia gorengkn?mcm aku,aku suke popia basah sedap sket basah2 ni..inti popia ni mcm2 ade yg letak togey,udang kering,sengkuang dan mcm2 lagi la..asal usul popia ni bermula sebelum perang dunia ke-2 g.zaman tu org dulu2 dah pandai buat popia cuma popia zaman dulu tu laen sket dr zaman skng dimana zaman sekarang ni mcm2 popia ade..ade yg letak otak2 la ayam la mcm2 la ikot tekak masing2.
  Mengikut Wikipedia popia bermula pada era jajahan Sultan Muzaafar shah dimana popia pd zaman(berbentuk bulat sebenarnya,dan kulit popia pd zaman ini berasaskn tepung tebal plak tu)di jamu untuk bangsawan2 ketika itu.da sebelum popia pada zaman tersebut tidak di panggail popia malahan di panggey pupia kerana zaman tersebut tidak wujud lagu huruf O.
  kemudian ketika perang berlakau pupu telah di bekalkn kpd pahlawan2 untuk dijadikan sebagai bekalan di medan peperangan kerana di waktu ini hanya popia la makanan yg paling murah..kemudian semasa pahlawan2 melayu bertempur dgn pahlawan india pada tahun 1532,di ceritakn tentera india telah tewas kpd pahlawan melayu.kemudian,tahanan perang tersebut telah dibekalkn makanan berupa pupia..dan ketika itu la huruf O telah wujud dimana salah sesorng tahanan perang bertanya kpd pengawal penjara ketika hendak menjamah pupia tersebuat.Tahanan perang bertanya "apakah nama makanan ini?" lalu pengawal penjara menjawab "pupia" kemudian selepas memakan pupia tersebut lalu tahanan itu menunjukkn reaksi yg menandakn bahawa pupia tersebut sgt sedap..lalu dia pon mempelawa kpd kwn2 beliau yg lain "adi PooPiaaa machaa!!!!" lalu pengawal tersebut tersentak mendgr perkataan pOopia itu.maka dr situ la bermulanya asal usul perkataan popia..

   Sekian...sabar la yg korang sebenarnya kena tipu oleh aku..aku sebenarnye x tau nk tulis ape pon saje je nk merapu..Jgn marah aaaaaa...

Red riding hood

  Semalam yang hangat aku dibuai mimpi2 indah.....eh silap!!! okeh ni aku nk kongsi rasa la pasal ceta yg aku tgk smlm..cetanya berjudul Red Riding Hood...Semalam aku kua dgn si dia sejurus berjumpa dgn mama dan abah si dia..(gila cuak tuuuu)lepas lepak di rumah sidia smbel mkn nasik ayam (sedap gila nasik ayam tu) dan bermain dgn kucing serta beramah mesra dgn mama & abah dia,aku dgn si dia pon trus kua dgn niat nk tgk wayang la..(padahal masing2 x tau ceta ape paling latest ni)..1st g la kt jucso tebrau city..mak oit!!! ramai gila keta!!!!blm org g..tgk tempt parking pon dah buat otak aku senak..last2 kami mengambil keputusan untuk keluar dr situ sbb parking pon susah nk dapat.
 then, kitaorg pon g la CS..sampe je kt CS tgk la ceta ape yg best..skali xde ceta ape yg best..then aku tgk la poster red riding hood tu..mcm gempak...kemudian, keputusan muktamad telah dibuat tanpa adanya talian hayat kitaorg pon setuju untuk menonton ceta red riding hood sbb si dia telah mengatakan pd ku "mcm ceta seram je..."(sbb c dia ni mmg suka tgk ceta2 seram ni..aku segan sket nk tgk ceta seram ni)..
 Panggung no 3 seat no 17 & 18(kapel seat tuu heheh) lalu duduk la sekali bila start smbel mkn pop corn....ok ni yg aku nk ceta pasal ceta ni..ehem!! ceta ni mengisahkn pada era zaman dolu2 zaman2 perang pakai bju besi tu..dan ceta ni mengisahkn penduduk kpg yg terpencil yg takot akan serangan serigala jadian..(setiap tahun diaorg akan letak satu korban untuk serigala tersebut dimana korban tersebut merupankn binatang ternakan mereka seperti babi dan lain2)pendek ceta, ceta ni kesah serigala jadian la..bagi aku ceta ni kureng sket la..dia mcm nk tiru ceta twilight pon ade sal director dia pon mmg director ceta twilight..so ade adengan romantik ala2 twilight tu ade la sket.then jln cerita dia bg aku x brape best la pasal tah...mcm x menarik pasal location ceta tu mcm same je dr mula smpi abeh(walaupon ade babak2 laen yg menggambarkn location laen selain sekitar kawasan kampung tu) pastu pelakon pon aku x brape kenal cuma kenal heroin die je si Amanda Seyfried(pelakon ceta jenifer body) yang laen2 aku x kenal..cuma apa yg boleh d puji teknik CGI die la pasal mmg baek la bg aku serta part yg boleh di puji masa menonton cerita tu pengarah sengaja nk bia kita tercarik2 sape sebenarnya serigala jadian tu...pasal aku ingt nenek c heroin tu padahal org lain.. situ je boleh di puji dlm cerita ni..aku nk ceta lebey2 pon aku bkn pengkritik filem..cuma apa yg boleh aku kata kan cerita ni agak kureng la..2 bintang je aku boleh bg dr 5 bintang.
  Jadi kepada korang semua nk tgk cerita ni aku suggestkn,tunggu la DVD pirate keluar.. kalu x rugi duet je hahahah pada yg nk tgk gak aku x halang tu hak anda.Dan ape yg aku kritik ni hanyalah pandangan aku sahaja.so jgn terpengaruh ok..tiap org ade pendapat sendri ok?sebelum aku mengakhiri coleteh aku ni,ni aku nk senaraikn nama pelakon dan pengarah cerita Red Riding Hood :
pengarah : Catherine hardwicke
penulis : david Johnson
Pelakon : Amanda Seyfried,Lukas Haas & Gary Oldman

kesah hafizal ( kak karipap rm2)

  Beliau adalah seorang pemuda dr kedah dan slh sorang yg baek dgn aku..ape sbb aku nk tulis pasal dia?suka ati aku la sal blog aku kan?ok ni kesah dia...
  mamat ni masa mula2 aku dtg lapor diri kt jb dia la yg menarik perhatian aku..pasal ape?pasal org len dtg lapor diri semua nk skema je pakai sua slack kemeja kasut nk kilat tp aku tgk dia slamber je pakai boot hahah..pasal tu dia la org pertama aku tegor..aku kenal dia thn ni da 11 thn dah..mmg satu tempoh yg lama la pasai dr zaman bujang smpi dia da ada 2 org anak sedangkn aku ni bini pon x lepas2 g.
  Apa yg menarik dia ni (zaman bujang) mmg gila2 sket ada je idea dia nk buat kt umah mahu pon lua umah dimana aku x leh ceta semuanya.hahahah pastu masa zaman bujang pon (zaman2 rempit) kerap gak la nek moto g jb dgn dia..jauh tu woiiii gelang pth g jb naek moto..N paling aku x leh lupa masa bln posa..masa tu paham2 la mmg x posa la time tu..masa tu dia nk antaq moto dia p pejabat pos nk antaq blk kpg jd aku pon kena ikot la pasai nanti dia blk nk nek apa?time tu ujan lebat dia pakai jaket jeans ada bulu2 kt koler aku lak hoodie itam sua pendek paras lutut.dah ujan kn,jadi jaket dia mmg berat la kena air aku lak mslh lak hoodie aku tu leh lak luntur kaler mmg mcm haram la time tu.benti jap masing2 bukak jaket n hoodie..c hafizal ni ok la pakai tshirt aku ni singlet je mak aihh da mcm ape tah bwk moto pakai singlet hahaha pastu smpi je pos opis setel semua urusan aku suh dia bwk moto aku..pastu kami pon dgn slumber je g singgah beli kueh kt tepi jln..tu semua idea mamat tu la.."kak karipap 2 rinngit" hahhah mmg x boleh blah time tu
  hmmm tu semua ceta dulu2 la skng ni dia la kerap bg semngt kt aku dlm bidang amek gambo ni walhal aku ni bkn pandai sgt pon..skang dia tetap mcm dulu gak tetap dgn lawak jenaka dia yg x masuk akai gak cuma lebey beradap sket la..maklum la anak da dua..apa pun zack aku respek dgn hang pasai pas kawen byk brubah hang ni..dulu degil skang ni kompang pon hang join,naseb la koir zapin hang x join kalu x mmg aku bedekah la kt hang...



bersama isteri tercinta
Anak2 beliau
Mereka ceria

ini lah keluarga beliau


  Dan kesimpulan dr ceta ni bila da kawen tu bwk2 la brubah..x byk sket pon jadi la..jgn x mau cmpor kwn2..bwk2 campor sket nanti apa2 hal kawan2 gak tolong..ye dok??apa pon lihat la rupa c hafizal a.k.a zack a.k.a cha a.k.a mamak a.k.a byk g lah...enjoy!!!

muvie pilihan akan datang


makoitttt!! lambatnye bulan 7 ni...nape aku x sabar nak tunggu bulan 7? ni la yg aku nk habaq mai ni..aku x sabar sgt nk tunggu bln 7 pasal nk tgk ceta Transformers 3 & harry potter..arghhh!! x sabar btol..pasal dgr ceta transformers 3 ni dgr kabornye byk robot..bkn robert nama membe aku tu ye...harry potter la bln 7 ni adalah episode yg last..x sabar nk tgk ending dia mcm mane..tp rasanya mesti org jahat kalah punye..apa pun mmg tahun ni 2 muvie tu yg jd pilihan aku..anda pule bagaimana ye?tak lupa jugak tahun ni ceta pirates of carribean pun nk kua..huaaa!!! byk sunggoh ceta nk kena tgk nih!!